Sunday 3 March 2013
My Biography
Nama : Muhammad Alif Nasuha Bin Amran
Umur : 21 tahun
Pendidikan : Sk Jalan 3
Smk Jalan 3
Adik-Beradik : Anak ke-2 dari 4 beradik
PENUBUHAN LIVERPOOL F.C.
Liverpool F.C. ditubuhkan pada 15 Mac, 1892 oleh John Houlding, pemilik padang Anfield. John Houlding memutuskan untuk menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri selepas bertelingkah mengenai kadar sewa dengan tuan punya kelab Everton F.C. yang sebelum itu menyewa padang Anfield daripada John Houlding. Dalam 1891 John Houlding, membeli tanah lapang bersebelahan Anfield dan mencadangkan menaikkan sewaan daripada £100 kepada £250 setahun. Ahli-ahli kelab Everton membantah dan meninggalkan Anfield dan berpindah ke Goodison Park.
Nama pasukan yang ditubuhkan oleh John Houlding pada asalnya hendak didaftarkan atas nama Everton, tetapi hajatnya ditolak oleh Persatuan Bolasepak England. John Houlding seterusnya memilih nama Liverpool untuk kelab barunya. Pada tahun 1894, Liverpool telah dipilih untuk menyertai liga bola sepak.
Ditinggalkan dengan tanah kosong dan 3 orang pemain, John Houlding memutuskan untuk menubuhkan kelab bola sepaknya sendiri. Pada 15 Mac 1892, Liverpool F.C. ditubuhkan. . John McKenna dilantik menjadi Pengarah dan Pengurus Pasukan dan terus mengambil 13 orang pemain profesional dari Scotland untuk menyertai Liverpool.
Tragedi Hillsborough
Tragedi Hillsborough merupakan satu tamparan hebat kepada Liverpool. Tragedi ini berlaku semasa perlawanan separuh akhir Piala F.A. tahun 1989. Beratus-ratus penyokong Liverpool terhimpit disebabkan oleh luruan penonton yang melarikan diri daripada kebakaran di salah satu teres tempat duduk penonton di Stadium Hillsborough. 94 orang penyokong Liverpool mati pada hari kejadian, sementara seorang lagi maut 4 hari kemudian. Mangsa ke –96 mati selepas berada 4 tahun di dalam koma. Laporn Taylor yang disiapkan selepas siasatan olehSuruhanjaya Tayor mengenalpasti kesesakan berlebihan penonton dan kegagalan kawalan polis sebagai punca tragedi.
Kini, satu memorial telah dibina di Anfield untuk memperingati 96 penyokong tersebut. Mereka juga diabadikan dengan dua nyalaan api kekal di dalam logo rasmi kelab Liverpool. Memorial Hillsborough terletak bersebelahan Shankly Gates di Anfield.Majlis memperingati mereka diadakan setiap tahun. Liverpool akan meminta menangguhkan perlawanan sekiranya tarikh perlawanan bercanggah dengan tarikh memperingati kumpulan 96 Hillsborough.
Keep calm and pray for Lahad Datu
SEMPORNA: DUA ANGGOTA KESELAMATAN
TERKORBAN DI SERANG HENDAP
KUALA LUMPUR, 3 Mac - Dua anggota pasukan
keselamatan terkorban dalam serang hendap di Kampung Seri Jaya Siminul,
Semporna, Sabah petang semalam, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza
Taib.
Beliau berkata dua anggota pasukan keselamatan
itu yang sedang membuat serbuan di perkampungan atas air itu telah ditembak oleh
sekumpulan orang yang tidak dikenali pada pukul 6.30 petang semalam.
Beliau bagaimanapun tidak memberi maklumat
terperinci mengenai identiti anggota keselamatan yang terbunuh itu semasa
ditemubual secara langsung melalui panggilan telefon dengan stesen televisyen
TV3 dalam program 'Malaysia Hari Ini' di sini pagi ini.
Hamza berkata pihaknya sedang menjalankan
siasatan sama ada kumpulan penyerang yang kurang daripada 10 orang itu mempunyai
kaitan dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu yang mendakwa sebagai
tentera Kesultanan Sulu dari Filipina.
Menyentuh mengenai kumpulan penceroboh itu,
Hamza berkata mereka terhad di Kampung Tandou, Lahad Datu dan telah dikepung
oleh pasukan keselamatan negara.
Beliau juga menegaskan keselamatan di Lahad Datu
dan di Sabah, adalah terkawal dan menasihati penduduk di negeri itu supaya tidak
mendengar khabar angin dan mereka boleh menghubungi ketua polis daerah di negeri
ini untuk mendapatkan pengesahan. - BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)